Mummies Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bayi Demam Panas

2 posters

Go down

Bayi Demam Panas Empty Bayi Demam Panas

Post  mama_faiz Tue May 26, 2009 12:19 pm

Demam selalunya berlaku kerana adanya jangkitan kuman
bakteria ataupun virus. Antara tanda-tamda demam ialah suhu badan yang melebihi
37 darjah celcius, bayi berpeluh lebih daripada biasa dan kelihatan tidak
berapa selesa.




Bayi Demam Panas 01500_l2




Sebab-sebab berlakunya demam (fever)

· Jangkitan kuman bakteria atau virus.


· Jangkitan pada bahagian telinga. Dalam keadaan ini bayi
selalu memegang atau mencucuk-cucuk telinganya dengan jari. Bayi juga kerap
terjaga malam dan menangis tanpa dapat dikawal. Keadaan ini selalu berlaku selepas
bayi terkena selsema. Ubat decongestant mungkin diberikan bersama-sama
antibiotik dalam keadaan ini.



· Jangkitan pada bahagian dada. Bayi didapati bernafas lebih
laju daripada biasa. Ia juga berlaku terutamanya selepas bayi terkena selsema.



· Measles. Di samping demam, bayi juga mengalami rashes -
tompok-tompok merah pada badannya. Bayi juga mungkin mengalami masalah batuk.



· Meningitis. Ia berlaku bila ada jangkitan pada bahagian
otak. Bayi anda akan merasa pening. Dalam keadaan ini, kemasukan ke dalam hospital
mungkin perlu dibuat segera.



· Gastroentritis. Antara tanda-tandanya ialah bayi mengalami
cirit-birit dan / atau muntah. Ini boleh menyebabkan dehidrasi (pengeluaran
cecair badan) yang memerlukan pengambilan oral rehydration salt atau kemasukan
air secara injection.



· Jangkitan pada mulut atau tekak. Bayi mungkin menghadapi
kesukaran untuk makan dan selalu menolak sekiranya anda ingin memberinya makan.



· Terlebih panas (overheating) yang berlaku kerana pakaian
yang dipasangkan terlebih tebal dsb.



Ubat-ubatan


Ubat-ubatan yang diberikan bergantung kepada keadaan.
Antara ubat yang selalu diberikan dalam masalah ini ialah:



· antibiotik untuk membunuh kuman. Perlu diingat,
penggunaan berlebihan atau secara tidak teratur akan menyebabkan kesan
jangkamasa panjang yang buruk. Sila lihat antibiotik.htm.



· paracetamol seperti panadol syrup dsb. Ia digunakan
untuk mengurangkan demam dan juga rasa-rasa sakit badan yang dialami. Untuk
kesan yang lebih cepat ubat yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat jenis ini
dipanggil supp. atau nama penuhnya suppository) digunakan. Antara persediaan
yang ada di pasaran ialah paracetamol supp. dan voltaren supp (mengandungi
bahan diclofenac sodium). Penggunaan aspirin atau methylsalicylate TIDAK
dibenarkan.



· selain paracetamol, ubat yang lebih kuat seperti ibuprofen
boleh juga digunakan untuk bayi berusia enam bulan ke atas.



· decongestant iaitu ubat titis yang digunakan untuk merawat
hidung yang tersumbat.



· ORS iaitu oral rehaydration salt dalam bentuk serbuk yang
dimasukkan ke dalam air dan diberi minum. ORS mengandungi bahan-bahan mineral
untuk menggantikan cecair badan yang hilang akibat peluh dan / atau cirit-birit.



Rawatan-rawatan lain


· Pastikan bayi anda diberi air yang lebih. Pengambilan
sekurang-kurangnya satu liter harus diamalkan.



· Buka baju atau semua pakaian bayi anda. JANGAN selimutkan
bayi anda dengan pakaian tebal atau selimut.



· Tuam dahi dan badan bayi dengan tuala yang direndam dalam
air. Air hendaklah tidak sejuk dan tidak berapa panas (agak suam).



Perkara-perkara lain


Jika berlaku sawan (febrile convulsion), rawatan lanjut
adalah diperlukan. Bila ini terjadi, tangan dan kaki bayi akan bergoncang tanpa
kawalan. Muka bayi anda mungkin menjadi biru. Letakkan bayi dalam keadaan
meniarap di atas bantal dan lakukan rawatan-rawatan yang dinyatakan di atas.
Sekiranya bayi muntah, bersihkan mulut bayi anda dengan jari. Dapatkan pemeriksaan
lanjut.
mama_faiz
mama_faiz
Admin

Posts : 44
Join date : 2009-05-20

http://mummies.heavenforum.com

Back to top Go down

Bayi Demam Panas Empty Re: Bayi Demam Panas

Post  papamuda Wed Jun 24, 2009 2:15 pm

info yang berguna..
papamuda
papamuda
Affilate Admin

Posts : 11
Join date : 2009-05-20
Age : 40
Location : Kota Kinabalu

http://my.mustaffa.org

Back to top Go down

Bayi Demam Panas Empty Re: Bayi Demam Panas

Post  papamuda Wed Jul 15, 2009 1:11 pm

anak kamek tengah demam masa tok .. baby doktor kata sik sesuai ambik antibiotik.. nya just bagi paracetamol jak..
Crying or Very sad
papamuda
papamuda
Affilate Admin

Posts : 11
Join date : 2009-05-20
Age : 40
Location : Kota Kinabalu

http://my.mustaffa.org

Back to top Go down

Bayi Demam Panas Empty Re: Bayi Demam Panas

Post  mama_faiz Wed Jul 15, 2009 1:16 pm

ada baca blog kamek, yang Faiz kenak demam panas ya?

doktor berik antibiotik coz faiz dah besar lah.. but once stop, cannot be taken anymore.

antibiotik tok, nya bunuh semua kuman bah. kakya semua antibodi dibunuh nya juak. kedak kimoterapi. paham sik?

dat's baby yang baru nak bertumbuh antibodi nya, once diberik antibiotik, alu la asal demam, sik kuat antibodi dikmpun, coz antibodi original dah mati oleh antibiotik.

camya lah doktor nerang ngn kamek.

jgn lupak ngkah tuala sejok rah dahi anak kitak. sian eyh, bila dgr baby demam.
mama_faiz
mama_faiz
Admin

Posts : 44
Join date : 2009-05-20

http://mummies.heavenforum.com

Back to top Go down

Bayi Demam Panas Empty Re: Bayi Demam Panas

Post  papamuda Wed Jul 15, 2009 1:28 pm

mama_faiz wrote:ada baca blog kamek, yang Faiz kenak demam panas ya?

doktor berik antibiotik coz faiz dah besar lah.. but once stop, cannot be taken anymore.

antibiotik tok, nya bunuh semua kuman bah. kakya semua antibodi dibunuh nya juak. kedak kimoterapi. paham sik?

dat's baby yang baru nak bertumbuh antibodi nya, once diberik antibiotik, alu la asal demam, sik kuat antibodi dikmpun, coz antibodi original dah mati oleh antibiotik.

camya lah doktor nerang ngn kamek.

jgn lupak ngkah tuala sejok rah dahi anak kitak. sian eyh, bila dgr baby demam.

yalah.. kamek dah paham..
mmg kmk guna tuala sejok
kmk slalu check suuhu badannya dengan termometer.. takut kmk nya terlebih panas..

tq for the info...
papamuda
papamuda
Affilate Admin

Posts : 11
Join date : 2009-05-20
Age : 40
Location : Kota Kinabalu

http://my.mustaffa.org

Back to top Go down

Bayi Demam Panas Empty Re: Bayi Demam Panas

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum