Mummies Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Merancang Kehamilan

Go down

Merancang Kehamilan Empty Merancang Kehamilan

Post  mama_faiz Thu Jun 04, 2009 11:20 am

Selepas bersalin sebahagian besar pasangan berhasrat ingin merancang keluarga.Namun,ada yang masih tidak tahu bahawa kita mempunyai banyak cara atau kaedah untuk merancang.
Selain cara semula jadi seperti kaedah Azal atau menarik zakar keluar sebelum ejakulasi (terpancut)kedalam rahim dan penggunaan kondom,ada banyak kaedah cara perubatan yang boleh dicuba pakai.

Namun,semua kaedah ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri.
Antara kaedahnya ialah:

1. PIL -dari jenama Nordette, Microgynon, Gynera, Marvelon, Minulet,Mercilon termasuklah Noriday.

Kelebihannya:

i)Akan melancarkan haid,tiada masalah kepada wanita untuk mengira kitaran haid kerana ia berputar pada masa yang tepat setiap bulan .

ii)Tidak perlu menjalani proses yang rumit,boleh dibeli difarmasi atau dapatkan diklinik dengan mudah.

Kelemahannya:

i)Kadang-kadang boleh terlupa atau malas untuk menelan pil pada masa yang sama pada setiap hari.Terpaksa terikat pada disiplin masa.

ii)Ada kemungkinan gemuk.Tetapi ia sebenarnya bergantung kepada individu.Pil ini sebenarnya boleh meningkatkan selera makan kerana ia mengaktifkan hormon dan ia akan membuat sentiasa rasa hendak makan.Jadi pandai-pandailah anda kawal nafsu anda jika tidak mahu gemuk.

Cara nak atasi gejala gemuk ini cara mudah amalkan bersama Pakej Anggun.


iii)Ada khabar angin mengatakan makan Pil boleh menyebakan kanser tetapi SEBENARNYA TIDAK BETUL.


2.SUNTIKAN

Ibu-ibu yang mengamalkan kaedah ini akan disuntik dengan kandungan hormon yang tinggi selang tiga bulan sekali selama beberapa lama yang ingin dirancang.

Kelebihannya:

i)Tidak terikat dengan masa atau perlu makan hari-hari.

ii)Pada yang menyusu badan ,ianya tiak menganggu pengeluaran susu malah semakin banyak.

Kelemahannya:

i)Haid tidak teratur,kadang-kadang berlarutan hingga sebulan lamanya.

ii)Susah hendak merancang kerana apabila selepas beberapa kali suntikan dan berhenti untuk mendapatkan anak,haid tidak teratur dan kadang-kadang tidak datang hingga tiga bulan.Apabila periksa untuk tentukan kehamilan atau tidak, jawapannya negatif .Kaedah ini menyebabkan sesetengah ibu makin sukar merancang.


3.IUCD(INTRA UTERINA CONTRACEPTIVE)

IUCD ialah sejenis kuprum yang dipanggil Copper-T (IA BUKAN UBAT /HORMON)
yang diletakkan didalam faraj.Bahan ini akan menghalang proses pembentukkan janin.Ada pelbagai jenis IUD mengikut tempoh yang dirancang seperti tiga atau lima tahun.IUD perlu diperiksa setiap 6 bulan.

Kelebihannya:

i)Perjalanan haid lancar,tiada masalah kepada wanita untuk mengira kitaran haid kerana ia berputar pada masa yang tepat setiap bulan.

Kelemahannya:

i)Darah haid terlalu banyak

ii)Selalu kena periksa tali atau 'tail' IUD untuk pastikan ia berada dikedudukan yang betul.


4.TEKNIK IMPLANT.
Jenama implant dalam pasaran ialah Norplant.Ia adalah alat bersaiz batang mancis atau 'straw ' yang kecil dimasukkan kebawah kulit lengan untuk jangka masa berapa lama yang ingin dirancang.

Kelebihannya:

i)Tidak terikat dengan masa atau perlu makan hari-hari.

Kelemahannya:

i)Susah hendak keluarkan kerana makin lama ia makin tertanam kuat dalam daging lengan.Untuk mengeluarkannya perlu jalani pembedahan kecil.

5.KAEDAH "IKAT" ATAU BTL
Dilakukan secara pembedahan untuk mengikat saluran peranakan.Biasanya dilakukan dan digalakkan kepada wanita yang sudah berusia 40 tahu keatas atau wanita yang sudah mempunyai ramai anak,wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi ditahap bahaya ,kandungan berisiko tinggi yang boleh menjejaskan nyawa ibu,sakit buah pinggang secara serius, sakit jantung dan beberapa yang lain.

6.KAEDAH PEMANDULAN LELAKI ATAU VASEKTOMI.
Kaedah ini melibatkan pembedahan kepada kedua-dua salur sperma atau mengikat saluran tersebut untuk menyekat perjalanan Sperma dari buah zakar.Namun kaedah ini tidak popular dinegara kita.

Perancang keluarga boleh membantu individu dan pasangan menentukan bila mereka mahukan anak atau memilih bilangan anak yang mereka ingginkan. Prinsip pemilihan ini adalah penting kerana ia bukan sahaja melibatkan pilihan menggunakan perancang keluarga tetapi juga pilihan kaedah kawalan yang paling sesuai.

Teruslah menemui doktor apabila tamat tempoh pantang,jangan dilengahkan dan paling penting jangan 'make love' bersama suami ,dapatkan dahulu nasihat serta rawatan doktor selepas pantang kemudian barulah 'bersama' suami buat kali pertama sesudah bersalin.

Ramai diantara wanita mengabaikan sesi rawatan selepas tamat tempoh pantang walaupun telah dimaklumkan oleh doktor,akhirnya setelah 'terlajak' kemudian hamil semula .Akibatnya rasa tekanan dialami. Oleh itu jangan malu-malu ya...hadirlah untuk temujanji penting ini.
mama_faiz
mama_faiz
Admin

Posts : 44
Join date : 2009-05-20

http://mummies.heavenforum.com

Back to top Go down

Merancang Kehamilan Empty Re: Merancang Kehamilan

Post  mama_faiz Tue Jul 07, 2009 1:08 pm

WANITA: PERANCANG KELUARGA

Proses ovulasi

Telur yang dikeluarkan ovari menjadi matang setiap bulan. Pada pertengahan kitaran
tersebut, iaitu lebih kurang 14 hari selepas hari pertama haid datang, telur ini
dilepaskan. Proses ini dinamakan ovulasi. Hormon yang bertanggung-jawab dalam
proses ini ialah FSH, LH, estrogen dan progesteron. Telur ini akan melalui tiub
Fallopian dan di sini ia akan disenyawakan dengan sperma lelaki.


Pada masa yang sama, berlaku dua perubahan :


  • Mukus di sekeliling serviks menjadi nipis dan cair. Ini memudahkan sperma memasuki
    rahim dan sampai ke telur


  • Lapisan rahim menjadi lebih tebal. Ini supaya ia dapat menerima dan menyuburkan
    telur yang disenyawakan.


Sekiranya persenyawaan berlaku, telur akan berkembang menjadi janin. Sekiranya
persenyawaan tidak berlaku, lapisan rahim yang tebal tersebut akan digugurkan.
Proses inilah yang dinamakan haid atau datang bulan.

Pil perancang

Cara ini adalah yang paling mudah dan popular untuk merancang keluarga. Peratus
kejayaannya bolehlah dikatakan 99%. Pil perancang mengandungi hormon sintetik
yang menyerupai hormon-hormon yang dikeluarkan oleh badan :


  • Estrogen dan progestogen – seperti Nordette, Microgynon, Gynera, Marvelon, Minulet, Mercilon


  • Progestogen – jenama Noriday.


Jenis kedua (Noriday) kurang efektif tetapi sesuai untuk yang menyusukan anak. Ia
sesuai juga untuk orang yang alahan dengan estrogen.

Kandungan hormon sintetik ini yang tinggi di dalam badan menyebabkan pengeluaran hormon FSH dan LH berkurangan. Akibatnya ovari tidak dirangsang dan telur tidak
dikeluarkan. Oleh itu persenyawaan tidak boleh berlaku. Mukus di sekitar serviks
pula menjadi pekat dan ini menyebabkann sperma sukar untuk memasuki rahim.

Bagaimanapun ada kesan-kesan sampingan pengambilan pil perancang:


  • Saluran darah tersumbat – lebih ketara kepada orang yang merokok dan mempunyai
    darah jenis A


  • Pening dan mual


  • Migraine


  • Muntah dan masalah masalah perut


  • “Fluid retention” – cecair badan susah dibuang dari badan


  • Sakit kepala


  • Buah dada menjadi tegang


  • Tekanan


  • Tekanan darah naik


  • Turun atau naik berat badan


Selain daripada dapat mencegah kehamilan, pil perancang juga memberikan kesan-kesan
baik
yang lain:



  • Pengeluaran darah haid berkurangan – ini membantu mengawal anaemia (kurang darah)


  • Peredaran haid lebih teratur


  • Mengurangkan sakit semasa kedatangan haid


  • Mengurangkan risiko PID – Pelvic Inflammatory Disease


  • Mengurangkan masalah jerawat (terutamanya jenama Diane-35)


  • Mengurangkan risiko barah buah dada dan uterus


  • Mengurangkan risiko hamil luar rahim


  • Untuk yang berusia lanjut : hormon ini boleh melambatkan penuaan kulit,
    mengekalkan nafsu seks dan mengawal kekeringan vagina. Ia juga boleh
    mengawal pereputan tulang (osteoporosis)


Peringatan:

  • Ambil pada masa yang sama setiap hari


  • Ketahui apa yang perlu dibuat sekiranya terlupa mengambilnya, atau sekiranya kali
    pertama anda ingin mengambilnya


  • Sesetengah anti-biotik tidak boleh diambil bersama-sama kerana antibiotik tersebut akan mengurangkan keberkesanan hormon seperti estrogen, jadi akan ada risiko
    kehamilan


  • Jenis yang lebih baru seperti Minulet, Mercilon, Gynera dan Marvelon menyebabkan
    kurang kesan sampingan berbanding dengan yang lama


  • Sekiranya anda ada tekanan darah tinggi, kencing manis, migrain dan sawan anda tidak digalakkan mengambil pil perancang


  • Pil perancang tidak memberi perlindungan terhadap penyakit seperti AIDS


  • Merokok semasa mengambil pil perancang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.


Cara-cara lain perancang keluarga

1. Condom

2. Secara semulajadi
Anda boleh mengamalkan cara ini iaitu dengan melakukan hubungan kelamin semasa anda tidak subur sahaja. Bagaimanapun peratus kejayaannya hanyalah 70% hingga 80%. Anda boleh menentukan waktu subur anda dengan cara-cara berikut:

  • Kira waktu ovulasi (pengeluaran telur). Biasanya ia terjadi 14 hari selepas hari
    pertama haid



  • Mengambil suhu badan. Suhu badan anda, periksa waktu pagi, meningkat pada permulaan ovulasi


  • Melihat mukus faraj anda. Ia menjadi jernih dan nipis semasa ovulasi.
3.Diafragma dan Kep Servikal (Diaphragm and Surgical Cap)

Kaedah ini menghalang sperma memasuki serviks, jadi ia tidak akan bertemu dengan telur yang dikeluarkan.

4.Spermasid

Bahan ini membunuh sperma.

5.Alat Kontraseptif dalam Rahim (Intra-Uterine Device, IUD)
Terdapat dua jenis IUD.
Satu mengandungi kuprum dan yang satu lagi melepaskan hormon wanita.
Pemasangannya tidak begitu menyelesakan dan ada kemungkinan berlaku jangkitan
inflamasi pelvis.


6.Ligasi Tiub (Tubal Ligation)
Tiub Fallopian ditutup atau diputuskan.[/size]

7.Vasektomi (Pemandulan lelaki)
Saluran yang menyalurkan sperma lelaki diputuskan atau ditutup.

8.Norplant
Satu set tiub kecil dipasang di dalam lengan, di bawah kulit. Ia melepaskan
hormon yang mencegah telur menjadi matang. Kaedah ini tidak sesuai untuk semua
wanita.
mama_faiz
mama_faiz
Admin

Posts : 44
Join date : 2009-05-20

http://mummies.heavenforum.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum