Mummies Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Makanan yang perlu dielakkan sehingga bayi 2 tahun

Go down

Makanan yang perlu dielakkan sehingga bayi 2 tahun Empty Makanan yang perlu dielakkan sehingga bayi 2 tahun

Post  mama_faiz Mon May 25, 2009 4:17 pm

Semakin bayi anda membesar, semakin dia
berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga
semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak
anda. Perlu diingat, tidak
semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum
lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan
juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara
sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda.
Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan membaca…

Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan


  • Semua makanan pejal :
    Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.


Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan



  • Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
    Sistem
    penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah
    memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda
    diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.
  • Makanan Yang Telah Diproses:
    Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.
  • Putih Telur :
    Bayi
    boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur
    sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko
    alahan putih telur adalah tinggi.
  • Buah-buahan Citrus:
    buahan
    dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan
    alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah
    alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang
    tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.
  • Madu :
    Walaupun
    madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah
    setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada
    maut!
  • Mentega Kacang :
    Selain
    daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga
    boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.
  • Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur :
    Teruskan
    dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih
    belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral
    yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak
    mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti
    yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap
    susu lembu dalam keluarga.
  • Makanan Laut :
    Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.
  • Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.
  • Jus Buah Pekat :
    Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.
  • Gandum dan Produk Gandum : Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam
    bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8
    bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda
    risau akan masalah alergi.
  • Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
    Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap
    apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan
    adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan


  • Susu Rendah Lemak :
    Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor
    anda seelok-eloknya.
  • Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
    Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap
    apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan
    adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.
mama_faiz
mama_faiz
Admin

Posts : 44
Join date : 2009-05-20

http://mummies.heavenforum.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum