Mummies Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kiraan Waktu Subur

Go down

Kiraan Waktu Subur Empty Kiraan Waktu Subur

Post  mama_faiz Thu Jun 04, 2009 11:27 am

Sukar untuk mencari wanita dengan waktu subur yang tepat setiap
bulannya. Waktu subur lebih merujuk kepada waktu atau hari berlakunya
ovulasi (pengeluaran telur dari ovari).

Ia berlaku sekitar 14 hari sebelum kedatangan haid berikutnya (jika
wanita itu tidak hamil). Dalam erti kata lain, waktu subur pada bulan
itu hanya dapat disahkan dengan pasti selepas kedatangan haid
berikutnya.

Ini penentuan secara retrospektif (melihat kepada kejadian yang sudah berlaku).


Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tepat pada setiap
bulannya misalnya setiap 28 hari atau setiap 30 hari, waktu subur boleh
diketahui memandangkan tarikh haid berikutnya dapat diagak dengan
tepat.

Ini dilakukan dengan menolak 14 hari daripada tarikh haid berikutnya.
Misalnya, jika kitaran haidnya setiap 28 hari tanpa berubah-ubah setiap
bulan, maka waktu suburnya pada hari ke-14 daripada hari pertama haid.

Jika kitaran haidnya setiap 30 hari tanpa berubah-ubah setiap bulan, maka waktu suburnya pada hari ke-16.

Namun, kebanyakan wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza contohnya,
kadangkala 28 hari dan kadangkala 30 hari, maka waktu suburnya sukar
dijangka dengan tepat melainkan hanya selepas didatangi haid
berikutnya.

Kajian menunjukkan wanita yang lebih menumpukan hubungan seks kepada
jangkaan waktu subur saja mempunyai peratusan kehamilan yang kurang
berbanding wanita yang melakukan hubungan seks dengan kerap tanpa
mengira waktu subur.

Atas sebab inilah, kebanyakan doktor lebih menasihatkan agar pasangan
tidak terlalu bertumpu kepada waktu subur saja untuk melakukan hubungan
seks.

Pemeriksaan ultra bunyi melalui faraj juga dapat membantu mengagak
waktu subur berdasarkan ukuran saiz kantung folikel telur. Ini disusuli
dengan pemberian suntikan hormon hCG untuk merangsang pematangan akhir
telur dan mencetus ovulasi yang berlaku pada sekitar 36 hingga 40 jam
selepas suntikan itu.
mama_faiz
mama_faiz
Admin

Posts : 44
Join date : 2009-05-20

http://mummies.heavenforum.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum